fbpx

Ibu kandung, nenek ditahan bantu kes dera dua beradik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar dua kanak-kanak didakwa mangsa dera dimuat naik ke laman sosial hari ini.

GEORGE TOWN – Polis hari ini menahan dua wanita yang merupakan ibu kandung dan nenek saudara kepada pasangan adik-beradik yang disyaki menjadi mangsa penderaan di sebuah flat di Air Itam, di sini.

Suspek berusia 28 dan 52 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut kira-kira pukul 11.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, tangkapan ke atas kedua-dua suspek terbabit dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan di Balai Polis Air Itam kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Menurutnya, laporan tersebut berkaitan satu hantaran di laman Facebook mengenai gambar dua anak-kanak yang sedang makan di sebuah restoran dengan kesan kecederaan pada bahagian muka.

Soffian.

“Pengadu membuat laporan polis kerana mengesyaki kedua-dua kanak-kanak berkenaan berkemungkinan menjadi mangsa dera.

“Hasil serbuan dan pemeriksaan polis di sebuah rumah flat telah berjaya menyelamatkan kanak-kanak perempuan dan lelaki yang masing-masing berusia lima dan tiga tahun.

“Dalam serbuan tersebut, kita juga menahan dua wanita tempatan iaitu ibu dan nenek saudara mangsa bagi membantu siasatan kes tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Soffian memberitahu, pemeriksaan awal pada tubuh badan kedua-dua mangsa terbabit telah menjumpai kesan luka dan lebam pada bahagian muka dan badan disyaki akibat penderaan.

“Mangsa terbabit akan dirujuk ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut dan kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” tambahnya. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI