fbpx
Sibuk dengan tugas dan tiada teman lelaki ketika belajar di universiti didakwa menjadi punca ramai doktor wanita lambat mendapat jodoh. – Gambar hiasan

Doktor wanita lambat bertemu jodoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ramai doktor wanita di negara ini mendakwa sukar mendapat jodoh dengan teruna kerana rata-rata jejaka takut untuk mendekati mereka hingga ada mengambil keputusan untuk membujang atau bernikah de­ngan suami orang.

Mereka mendakwa, tiada pasangan ketika belajar di universiti dan sentiasa sibuk dengan tugas hakiki sebagai doktor hingga tidak cukup masa untuk mencari teman lelaki turut menjadi sebab utama mengapa mereka masih membujang walaupun memasuki usia 40-an.

Seorang doktor dari sebuah negeri di pantai timur yang mahu dikenali sebagai Izan, 38, berkata, tugas di dalam dunia perubatan cukup mencabar jika dibandingkan dengan kerjaya profesional lain.

Dia mendakwa, ramai kena­lannya dalam kalangan doktor lambat bertemu jodoh hingga digelar anak dara tua (andartu).

“Jika berkahwin sekalipun ada yang menjadi isteri kedua kepada pasangan masing-masing.

“Saya akui memang ramai golongan doktor wanita yang kahwin lewat hingga hampir mence­cah usia 50 tahun. Namun ada juga yang langsung tidak berkahwin dan memilih untuk membujang hingga ke tua,” katanya kepada Kosmo!.

Malah, menurut Izan, beberapa kenalan dalam kalangan doktor yang dikenalinya berkahwin de­ngan orang biasa, pemandu teksi, pembantu hospital dan suami orang.

Tambahnya, soal jodoh bagi doktor wanita bujang sepertinya turut berkait dengan lelaki yang ‘takut’ untuk berdampingan dengannya kerana status kerjaya yang mereka miliki.

“Bukan hendak menyombong atau membangga diri tetapi itulah hakikatnya. Kadang-kadang orang lelaki sebaya kami yang bekerja biasa takut untuk berkawan kerana status doktor yang kami pegang,” katanya.

“Mungkin mereka (lelaki) fikir golongan doktor wanita ini kerjanya besar dan bergaji mahal, jadi mereka takut untuk merapati dan mengenali hati budi antara satu sama lain,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi doktor yang dikenali sebagai Wan, 42, pula berkata, berdasarkan pengalaman kebanyakan pasa­ngan doktor wanita yang berkahwin dengan lelaki yang mempunyai kerjaya serupa sudah berpasa­ngan sejak belajar di universiti.

Katanya, jika doktor wanita yang tidak mempunyai pasa­ngan ketika di pusat pengajian tinggi, rata-rata akan lambat berkahwin termasuk dirinya.

“Lagipun hidup sekarang sudah stabil dan tiasa masalah dari segi pendapatan, penempatan serta ken­deraan cuma kadang-kadang ada terfikir siapa yang akan jaga saya ketika hari tua nanti,” katanya.

Menurut Wan, dia terlalu segan untuk mengenali lelaki ketika ini kerana faktor usia dan ia menjadi penyebab mengapa dia masih belum berkahwin.

“Masa belajar dulu saya tidak ada pasangan kekasih, selepas keluar dan berkhidmat sebagai doktor ini masa cukup suntuk untuk mencari teman hidup,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN