fbpx
Gambar hiasan

Cuaca cerah hampir di semua negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan keadaan cuaca cerah hampir di semua negeri pagi ini.

Bagaimanapun, menurut MetMalysia, terdapat beberapa lokasi melibatkan pesisir pantai Langkawi  dilaporkan hujan dan dijangka kembali pulih menjelang tengah hari nanti.

“Selain itu, beberapa kawasan di Sabah melibatkan Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu turut dilaporkan hujan dan mendung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, katanya, cuaca buruk dijangkakan akan melanda kebanyakan kawasan melibatkan bahagian barat dan pendalaman semenanjung menjelang lewat petang nanti.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan untuk merancang perjalanan serta sentiasa berwaspada susulan amaran cuaca buruk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN