APAKAH yang dimaksudkan dengan pencipta kandungan?
Bagi kebanyakan orang khususnya generasi milenial, pastinya sudah biasa dengan profesion itu yang cukup popular pada masa kini.
Seperti yang diketahui, pencipta kandungan adalah salah satu kerjaya yang sedang meningkat pada masa ini, terutamanya dengan sokongan teknologi yang semakin canggih.
Seperti namanya, profesion ini berfungsi dengan mencipta kandungan dalam bentuk penulisan, imej, video, bunyi atau gabungan beberapa bahan lain.
Secara umumnya, kandungan dibuat untuk dipaparkan di beberapa media popular seperti YouTube, Snapchat, Instagram, blog dan banyak lagi.
Pada masa ini, kandungan bukan sahaja terhad kepada imej dan bunyi, tetapi mempunyai banyak kandungan dalam bentuk berita, kemas kini, tutorial dan sebagainya.
Semua kandungan yang masih dalam bentuk tulisan, kemudian diproses semula menjadi kandungan video pendek.
Pencipta kandungan bermaksud seseorang yang tugasnya mencipta kandungan dalam bentuk penulisan, imej atau video yang akan dipaparkan di media popular.
Terdapat begitu banyak kerja yang mesti dilakukan oleh pencipta kandungan.
Melalui artikel ini, kita lihat beberapa kerja yang biasanya dijalankan oleh mereka yang bertugas sebagai pencipta kandungan supaya dapat dijadikan panduan kepada yang berminat dengan aktiviti ini.
Seorang pencipta kandung seharusnya mempunyai kemahiran mengurus dan mengumpul idea, data dan menjalankan kajian untuk menghasilkan konsep yang baik serta menarik.
Mereka juga tidak boleh tidak mesti memiliki kebolehan sebagai pencipta kandungan yang sepadan dengan identiti dan penjenamaan yang menjadi brand atau jenama sesebuah syarikat.
Seseorang pencipta kandungan seharusnya juga sentiasa cuba mencapai matlamat yang telah dipersetujui dengan pelanggan mereka dalam sesuatu kandungan dihasilkan.
Memiliki kemahiran untuk menyesuaikan kandungan dengan platform yang dipilih merupakan satu lagi kemahiran golongan ini perlu bina.
Selain itu, mereka seharusnya boleh menilai kandungan yang telah diterbitkan.

SEORANG pencipta kandungan perlu ada kemahiran mengurus, mengumpul idea, data dan menjalankan kajian untuk menghasilkan konsep lebih menarik.
Seperti yang diketahui, pada masa kini terdapat banyak jenis pencipta kandungan yang boleh ditemui di pelbagai platform media sosial.
Contohnya, YouTube, Instagram, Vlogger dan banyak lagi.
Pada masa ini, Youtuber bukan sahaja menjadi satu hobi, tetapi profesion yang menjanjikan pendapatan lumayan.
Perubahan keperluan masyarakat masa kini terhadap media massa dapat dilihat daripada fenomena YouTube yang popular pada masa kini.
Kerjaya sebagai seorang Youtuber semakin meningkat pada masa sekarang dan ramai orang berminat untuk melakukannya.
Selain lebih mudah, ternyata pendapatan Youtuber cukup hebat.
Harap maklum bahawa pendapatan yang diperoleh bukan sahaja dari YouTube, tetapi juga dari beberapa jenama yang meminta kandungan istimewa.
Seterusnya ialah pencipta kandungan Instagram.
Mendengar namanya sudah tentu kita sudah boleh mengagak tentang profesion ini.
Jika sebelum ini menggunakan media YouTube untuk memaparkan kandungan dihasilkan, maka untuk jenis kedua ini menggunakan media Instagram.
Hampir sama seperti mencipta kandungan di YouTube, tetapi untuk kandungan di Instagram, kandungan atau video yang dihasilkan lebih pendek.
Untuk pendapatan pula, golongan ini biasanya mendapatkannya daripada jenama yang mereka popularkan di Instagram.
Satu lagi jenis pencipta kandungan yang tidak kurang popularnya ialah menjadi juruvideo pencipta kandungan.
Seperti namanya, mereka lebih tertumpu kepada mencipta kandungan dalam bentuk video yang unik dan juga menarik.
Secara umumnya, kandungan video yang dihasilkan disebarkan melalui media Instagram, laman web dan juga YouTube dan dapat menambah bilangan pengikut.
Terdapat banyak kelebihan apabila anda menjadi seorang juruvideo, antaranya dapat menyertai dan memenangi pertandingan video.
Pada pandangan ramai, pencipta kandungan dari segi bahasa, hampir sama dengan penulis kandungan, tetapi tahukah kita bahawa kedua-dua profesion itu adalah sangat berbeza.
Perlu diingatkan, pencipta kandungan mempunyai huraian skop kerja yang lebih luas daripada penulis kandungan.
Seperti yang diketahui, kerjaya sebagai pencipta kandungan nampaknya semakin meluas dalam perkembangan penggunaan media sosial dan internet.
Seperti yang telah dijelaskan di atas, tugas pencipta kandungan adalah untuk mencipta kandungan yang unik bagi menarik perhatian umum di media sosial.
Dalam hal ini, isi yang dicipta tidak boleh sembarangan, jadi perlu memikirkan idea yang menarik sebelum dimasukkan ke mana-mana saluran media sosial.
Perlu diingat, tujuan pencipta kandungan adalah sangat pelbagai, antaranya untuk menghibur, mendidik orang ramai atau mempromosi produk.
Semua matlamat ini berbeza-beza bergantung pada syarikat yang mengeluarkan kandungan tersebut.
————————————————————————————————————————————————————————————————-
AFIZAN AMER ialah Pensyarah Kanan Pemasaran Digital Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Kampus Rembau, Universiti Teknologi Mara Negeri Sembilan.














