IMOLA – Pelumba Red Bull, Max Verstappen membuktikan kemampuanya selepas meraih kemenangan di Grand Prix (GP) Emilia Romagna sekali gus mengetuai kemenangan 1-2 di sebentar tadi.
Pelumba berusia 33 tahun itu yang memulakan saingan di petak hadapan mendominasi sepanjang perlumbaan sekali gus membolehkannya mencatat kemenangan keduanya musim ini.
Lebih manis, ia adalah kemenangan 1-2 sulung selepas Sergio Perez turut menamatkan podium buat pasukan Red Bull selepas kali terakhir mereka melakukannya di GP Malaysia pada 2016.
Sementara itu, malang menimpa pasukan Ferrari apabila Charles Leclerc yang berpeluang untuk menamatkan podium tempat ketiga terpaksa pulang hampa selepas terbabas ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan sebelum tamat.
Peluang itu digunakan pelumba McLaren, Lando Norris sebaik mungkin apabila berjaya menaiki podium tempat ketiga.
Hasil mengecewakan juga dialami juara dunia tujuh kali dari Mercedes, Lewis Hamilton selepas sekadar mampu menamatkan saingan ke-13. – AGENSI