fbpx

Lebih 20 jawatan duta bakal diisi dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Saifuddin Abdullah beramah mesra bersama Ahli Jawatankuasa Belia untuk Hubungan Antarabangsa dan Diplomasi, MBM di Wisma Putra. FOTO : FAISOL MUSTAFA PEMBERITA : AMREE AHMAD (UTUSAN)

PUTRAJAYA – Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengesahkan cuma terdapat lebih 20 kekosongan ketua perwakilan Malaysia di seluruh dunia yang belum lagi diisi setakat ini.

Justeru, beliau menyangkal laporan tular menerusi media sosial konon lebih 100 kekosongan jawatan itu terbiar yang menjejaskan hubungan diplomatik Malaysia dan negara tuan rumah.

“Setakat ini yang memang tiada ketua perwakilan Malaysia atau Malawakil hanya sekitar lebih 20 tempat namun ia bakal diisi segera setelah melalui pelbagai proses tapisan ketat,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas majlis pengumuman pelantikan 13 ahli Jawatankuasa Belia untuk Hubungan Antarabangsa dan Diplomasi, Majlis Belia Malaysia.

Turut hadir ialah presiden badan induk organisasi tersebut, Mohd. Izzat Afifi Abdul Hamid yang baru dipilih secara rasmi pada awal bulan lepas serta bekas penyandangnya, Jufitri Joha. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI