PELUMBA Moto3 negara, Khairul Idham Pawi mengakui masih janggal melakukan tunggangan tanpa jari kelingking ketika beraksi pada Grand Prix (GP) San Marino di Litar Misano kelmarin.
Khairul Idham yang terĀkenal dengan jolokan Super KIP itu mengharungi perlumbaan sulungnya selepas menjalani pembedahan memotong jari kelingking kanan bulan lalu.
Katanya, meskipun berdepan kesukaran untuk mengendalikan jentera, namun pelumba berusia 22 tahun itu tetap gembira apabila dapat kembali beraksi di atas litar.
āWalaupun masih terasa janggal pada bahagian taĀngan kanan tetapi saya yakin ia mampu jadikan tunggangan lebih baik kerana kecederaan sebelum ini sudah lama menghantui diri saya.
āSaya sangat gembira kerana dapat kembali berlumba. Selain itu, saya juga berjaya baiki catatan masa dari hari ke hari termasuk perlumbaan hari ini (kelmarin), namun saya tahu ia masih belum mencukupi,ā katanya.
Mengulas perlumbaan seteĀrusnya yang akan berlangsung di litar sama pada GP Emilia Romagna hujung minggu ini, Khairul Idham sedia memperbaiki pencapaian kelmarin apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-21.














