BARU empat bulan kembali aktif selepas berehat sejak Ogos tahun lalu akibat masalah kesihatan mental, penyanyi Jiyoon sekali lagi terpaksa mengundur diri gara-gara penyakit sama kembali menyerang.
Agensi IST Entertainment dalam satu kenyataan memberitahu, Jiyoon kembali mengalami serangan kebimbangan (anxiety) sewaktu kesibukan mempersiapkan album baharunya bersama Weeekly.
“Selepas tamat tempoh rehat, dia kembali menyertai aktiviti bersama Weeekly tetapi dia sekali lagi menunjukkan simptom anxiety yang teruk dan ketegangan baru-baru ini.
“Selepas berbincang dengan keluarga dan pakar perubatan, agak sukar untuk Jiyoon meneruskan kerja disebabkan kesihatan yang terjejas teruk. Jadi dia perlu fokus untuk penyembuhan dan rawatan” kata agensi.
Tanpa Jiyoon, Weeekly akan meneruskan aktiviti dan promosi bersama enam anggota buat masa ini.
Kumpulan itu dijangka meluncurkan album single pertama mereka berjudul Play Game: AWAKE pada 7 Mac lalu.














