fbpx

51 individu dikompaun ketika berhibur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang dikompuan dalam serbuan di sekitar bandar raya Johor Bahru, Johor awal pagi hari ini.

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Seramai 51 individu dikompaun kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam serbuan yang dijalankan di sebuah premis hiburan di sekitar bandar raya ini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor, Asisten Komisioner Mohd. Afzanizam Yahaya berkata, operasi itu dijalankan pihaknya pada pukul 2.30 pagi.

Katanya, pihaknya turut menahan pengurus premis berkenaan yang berusia 26 tahun kerana menjalankan operasi melebihi waktu ditetapkan.

“Ketika operasi dijalankan, kesemua 51 individu sedang berhibur tanpa menghiraukan prosedur operasi standard (SOP) PKPP yang ditetapkan.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan turut mendapati 19 daripada mereka positif  dadah, melibatkan 12 lelaki dan lima wanita tempatan, serta dua wanita Vietnam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Afzanizam, pihaknya turut menyiasat dua wanita Vietnam yang didapati tinggal di negara ini melebihi masa ditetapkan.

“Kesemua 51 individu terlibat yang berusia antara 18 hingga 55 tahun dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 setiap seorang.

“Suspek terlibat dikenakan reman manakala kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya.

Mohd. Afzanizam turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP PKPP ditetapkan kerajaan selain turut menyalurkan sebarang maklumat berkenaan salah laku kepada pihak berkuasa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI