fbpx
Trak tentera yang tergelincir ke dalam parit sewaktu dalam perjalanan ke PPS Kampung Lubuk Megat, Kemaman hari ini.

Banjir Terengganu: Trak tentera jatuh parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Sekumpulan anggota tentera dan pegawai perubatan cemas selepas trak yang membawa mereka tergelincir ke dalam parit ketika sedang mengharung banjir di Kampung Lubuk Megat di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, kesemua anggota tentera dan pegawai perubatan terlibat terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Seberang Tayur Hilir, Mohd. Fadzir Anuar Abdul Majid berkata, sewaktu kejadian trak tentera berkenaan dalam perjalanan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Lubuk Megat.

“Trak itu membawa empat pegawai perubatan bagi melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap mangsa banjir berisiko yang berada di PPS berkenaan.

“Saya difahamkan pasukan perubatan berkenaan mahu memeriksa seorang wanita hamil enam bulan dan seorang warga emas terlantar yang berpindah masuk di PPS itu,” katanya yang dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Fadzir Anuar berkata, beliau difahamkan kemalangan disebabkan pemandu trak tentera itu gagal mengagak keadaan jalan yang ditenggelami banjir.

Tambah beliau, keadaan jalan yang sempit juga menyukarkan pemanduan sehingga menyebabkan kenderaan itu tergelincir. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN