fbpx
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan (tiga dari kiri), melihat salah satu motorsikal curi yang berjaya dirampas, di IPD Serdang, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

Geng KTM tumpas dicekup polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SERDANG – Curi motosikal untuk dijadikan alat ganti kemudian dijual dengan harga yang murah. Itulah modus operandi kumpulan penjenayah digelar Geng KTM yang dikesan aktif di sekitar Lembah Klang sejak tahun 2013.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, kelicikan kumpulan berkenaan melakukan jenayah curi motosikal bagaimanapun tidak berpanjangan selepas polis berjaya menjejaki dan menahan ketua sindiket berkenaan yang dikenali sebagai Dedek berusia 34 tahun.

“Berpandukan hasil risikan yang dilakukan, sepasukan polis dari Bahagian Risikan Jenayah (D4) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang telah membuat serbuan di beberapa lokasi pada empat September lalu dan berjaya menahan lapan individu berusia 29 hingga 42 tahun.

“Kesemua suspek ditahan di beberapa lokasi di Putrajaya, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur serta Selangor dan semakan mendapati hanya seorang daripada mereka tidak memiliki rekod jenayah lampau namun kesemuanya didapati positif dadah jenis syabu.

“Salah seorang suspek merupakan ketua kumpulan berkenaan dikenali sebagai Dedek yang sedang menjalani hukuman buang daerah ke Port Dickson, Negeri Sembilan dan dikenakan tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA),” katanya pada sidang akhbar di IPD Serdang di sini hari ini.

Difahamkan, siasatan kes dijalankan susulan aduan daripada seorang mangsa yang kehilangan motosikal jenis KTM RC390 miliknya selepas diparkir di sebuah pusat beli-belah di Puchong pada 30 Ogos lalu.

Menurut Ismadi, selain menjadikan motosikal jenis KTM sebagai sasaran, kumpulan berkenaan turut dikesan aktif melakukan jenayah pecah cermin kenderaan untuk mendapatkan barangan berharga.

“Kumpulan ini akan menggunakan sejenis peranti yang berfungsi sebagai pengesan alatan elekronik seperti komputer riba dan telefon bimbit yang ditinggalkan di dalam kenderaan dan mereka kemudiannya akan memecahkan cermin kenderaan itu untuk mencurinya.

“Pihak polis turut berjaya merampas sebanyak lapan buah motosikal curi pelbagai jenis, tiga buah basikal, peralatan curi motosikal serta pecah cermin kereta dan komponen motosikal juga kereta yang telah dileraikan yang kesemuanya bernilai kira-kira RM100,000,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Ismadi berkata, motosikal yang telah dicuri akan dileraikan dan dijual secara dalam talian atau terus kepada pembeli dengan harga yang lebih murah daripada pasaran semasa.

“Kesemua suspek kini direman tujuh hari sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” tegas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN