fbpx

Mesej tular tin arak berlogo halal palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jakim mengesahkan mesej tular tersebut adalah palsu.

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan mesej tular di media sosial mengenai gambar tin arak berlogo halal adalah palsu.

Jakim menerusi hantaran di laman Facebook Bahagian Hab Halal berkata, pihaknya mendapati gambar tin arak berlogo halal itu kembali ditularkan di media sosial akhir-akhir ini.

Menurutnya, siasatan mendapati, logo halal pada tin arak itu telah diedit oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Ia juga adalah tular berulang yang telah dijelaskan oleh Jakim sejak tahun 2014 lagi. Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, kami kembali menerima pertanyaan pengguna di media sosial berkaitan isu status logo halal pada produk minuman arak itu,” katanya hari ini.

Berdasarkan kenyataan sebelum ini, Jakim menjelaskan, jabatan itu tidak pernah memberi dan mengeluarkan perakuan serta sijil dan logo halal kepada produk atau syarikat tersebut.

Jelasnya lagi, Jakim mengecam tindakan memalsukan logo halal pada produk tersebut kerana ia secara sengaja mahu merosakkan kredibiliti Malaysia sebagai peneraju pensijilan halal dunia.

Sementara itu, Jakim meminta orang ramai khususnya umat Islam supaya merujuk terlebih dahulu kepada jabatan sekiranya mengesan isu-isu produk halal yang meragukan.

“Bagi mengetahui lebih 100 penjelasan isu-isu halal yang menular dimedia sosial, orang awam boleh layari pautan https://www.facebook.com/media/set/?set=a.744506395708636&type=3 bagi mendapat info tepat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI