fbpx
Poster yang dimuat naik oleh Bahagian Dakwah Jakim di laman Facebook.

‘Ini bukan seni membina, tetapi seni meruntuhkan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pementasan teater di sebuah universiti yang didakwa memaparkan aksi keterlaluan terus mengundang kecaman apabila dilihat tersasar daripada tujuan sebenar seni hingga mencemarkan nilai akhlak mahasiswa.

Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu hantaran di laman Facebook menegaskan, apa yang berlaku bukan lagi soal kreativiti, sebaliknya penyalahgunaan seni yang menyimpang daripada fungsi asalnya sebagai medium mendidik dan menyampaikan kebenaran.

Menurutnya, seni sepatutnya mengangkat nilai keindahan (jamal) dan membawa mesej kebaikan, bukannya menjadi alat untuk mengeksploitasi nafsu serta mempamerkan aksi tidak bermoral.
“Seni dalam Islam bersifat menyampaikan kebenaran dan keindahan. Apabila ia disalah guna untuk merangsang syahwat, ia telah kehilangan roh dan tujuan sebenar,” katanya.

Tambahnya, penggunaan platform seni seperti teater untuk memaparkan adegan keterlaluan bukan sahaja merosakkan persepsi terhadap seni, malah mencalarkan imej institusi pendidikan sebagai medan pembinaan intelektual.

“Ini bukan seni yang membina, tetapi seni yang meruntuhkan. Ia menukar pentas ilmu menjadi pentas hiburan melampau tanpa batas,” jelasnya.

Dalam masa sama, Bahagian Dakwah Jakim menyifatkan sorakan penonton terhadap babak berkenaan sebagai petanda awal bahawa nilai malu semakin terhakis dan seni mula diterima sebagai alasan untuk melanggar batas moral.

Katanya, jika dibiarkan, trend tersebut boleh membentuk generasi yang melihat seni sebagai medium bebas tanpa tanggungjawab, sekali gus mengaburkan sempadan antara hiburan dan kemungkaran.

“Seni yang hebat adalah seni yang mengangkat darjat manusia, bukan yang merendahkannya. Kreativiti tidak boleh dijadikan lesen untuk melanggar batas agama dan norma masyarakat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN