fbpx
Kereta rosak akibat ditenggelami air jadi rebutan penjual kenderaan terpakai.

Kereta banjir dilelong bawah RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kereta-kereta yang rosak akibat ditenggelami banjir di Selangor pada akhir tahun lalu kini menjadi rebutan penjual kenderaan terpakai apabila pemiliknya yang enggan membaiki semula kereta mereka mahu menjualnya pada harga yang murah.

Ketika ini, mangsa-mangsa banjir di kawasan terlibat sedang hangat ‘melelong’ kereta masing-masing di media sosial serta platform jual beli di internet.

Seorang penjual kereta terpakai di Pengkalan Chepa, Kelantan, Ayub Hassan, 34, berkata, kereta-kereta yang rosak akibat ditenggelami banjir di Selangor kini menjadi rebutan mereka dan juga penjual-penjual alat ganti kenderaan.

Menurutnya, terdapat pemilik kereta tersebut tidak lagi mahu membaiki kenderaan mereka yang rosak kerana menganggap perlu mengeluarkan modal yang besar.

“Saya dari Kelantan sanggup turun ke Selangor untuk mencari kereta-kereta terkena banjir yang dijual murah. Di media sosial pun saya lihat ada mangsa banjir yang mahu menjual kenderaan mereka.

“Saya biasanya akan mencari kereta yang kos untuk membaikinya adalah tidak mahal. Contohnya Perodua Myvi atau kereta-kereta keluaran Jepun,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Ayub memberitahu, dia sendiri telah pergi ke Shah Alam baru-baru ini dan mencari pemilik-pemilik kereta yang rosak akibat ditenggelami banjir.

“Saya akan tawarkan pembe­lian dengan harga yang murah, sebuah kereta Perodua Myvi saya boleh dapat pada harga di bawah RM3,000 sahaja.

“Kadangkala kos untuk membaiki sebuah kereta cuma sekitar RM2,000. Selepas dibaiki semula, saya bolah jual kereta itu dengan harga kira-kira RM10,000 dan mendapat keuntungan sekali ganda,” ujarnya.

Menurutnya, ini merupakan peluang terbaik yang perlu direbut oleh penjual kereta terpakai dan penjual alat ganti kenderaan.

“Saya akan bawa balik kereta-kereta banjir yang dibeli dengan harga yang murah ini ke Kelantan dan jual semula pada harga yang biasanya saya jual sebelum ini.

“Di Kelantan, harga kereta yang berpatutan adalah di bawah RM10,000 dan ia sememangnya menjadi pilihan ramai pengguna di sana,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN