fbpx
Keadaan rumah penduduk yang dinaiki air di Kampung Tengah, Gemencheh, di sini, pagi ini. /FOTO NOR AINNA HAMZAH

Banjir: Bomba pindahkan 259 mangsa di NS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan 14 lokasi di daerah Tampin, Kuala Pilah dan Jempol dilanda banjir dan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di buka sejak awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, tujuh lokasi berkenaan di daerah Tampin, enam di Kuala Pilah dan satu di Jempol.

“Di Felda Jelai 4, Gemas (Tampin), sebanyak 141 mangsa dipindahkan ke PPS Sekolah Agama Rakyat Felda Jelai 4, 20 mangsa banjir di Felda Palong 1 (Jempol) pula dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Palong 1, 13 mangsa banjir di Kampung Geduk (Tampin) dipindahkan ke Masjid Kariah Kampung Geduk dan 11 mangsa banjir di Kuala Johol (Kuala Pilah) dipindahkan ke tempat selamat.

“Di Kampung Tengah, Gemencheh (Tampin) dan sebuah Homestay di Sri Menanti pula masing-masing tujuh orang mangsa dipindahkan ke tempat selamat atau rumah saudara mara mereka.

“Di Kampung Baru Geduk (Tampin) pula seramai enam mangsa banjir dipindahkan ke PPS Dewan Serbaguna Kampung Geduk dan di lima mangsa di Kampung Tenai dipindahkan ke Masjid Kariah Kampung Geduk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN