fbpx

Apa kata pemenang Liga Fantasi Kosmo!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

“Saya mula bermain Liga Fantasi ini sejak tahun 2013. Saya sentiasa memantau Twitter Liga Perdana Inggeris kerana saya perlu tahu pemain mana yang boleh bermain atau tidak. Terima kasih kepada pihak Kosmo! kerana menyediakan platform pertandingan seumpama ini kerana ia menyeronokkan pemain seperti saya.”

MOHAMAD HAFIZAL AZMI (Subang, Selangor)
Pasukan: _Gaban FC (99 mata)
Pengurus: Hafizal Azmin

 

“Situasi pandemik Covid-19 pada saingan EPL memaksa saya menukar lebih daripada dua pemain buat pasukan dalam usaha meraih mata semaksimum mungkin minggu ini. Dapat menang mingguan pun sudah cukup memadai buat saya. Alhamdulillah, terima kasih Kosmo!.”

MOHD. AZEERIN MAZLAN (Nilai, Negeri Sembilan)
Pasukan: IIII (98 mata)
Pengurus: Nir Nazalim9

 

“Minggu ini ada empat perlawanan sahaja, jadi susah untuk buat penilaian ke atas pemain. Jadi, pertukaran pemain dilakukan pada saat-saat akhir. Pasukan kegemaran saya adalah Liverpool, jadi saya tahu pemain mana yang akan diturunkan beraksi. “Paling bermakna adalah keputusan saya meletakkan pemain Manchester City, Joao Cancelo sebagai kapten pasukan. Penilaian saya benar-benar tepat berikutan prestasi semasa. Ini kali pertama saya menjuarai pertandingan ini dan terima kasih Kosmo!.”

MUHAMMAD NAJMUDDIN ALIFF NAZERI (Temerloh, Pahang)
Pasukan: Angers (97 mata)
Pengurus: Najmuddin Aliff

 

“Minggu ini pilihan pemain agak sukar kerana terpaksa membuat pilihan pada saat-saat terakhir berikutan ada beberapa perlawanan terpaksa ditunda akibat Covid-19 melanda saingan EPL. “Jadi, saya memilih pasukan yang bermain selain melihat pemain terbaik untuk berada dalam pasukan. Jadi, penilaian minggu ini benar-benar berbaloi untuk saya muncul juara mingguan Kosmo!. Terima kasih Kosmo!kerana ini kali pertama saya merangkul kemenangan.”

AHMAD FAYYADH MOHD. RIZAL (Batu Pahat, Johor)
Pasukan: Tak Bissaka (96 mata)
Pengurus: Ahmad Fayyadh

 

“Saya sangat gembira dapat menjadi salah seorang daripada Top 5 pengum­pul mata tertinggi minggu ini. Pada saya Kosmo! telah memberi platform terbaik buat peminat Liga Fantasi seperti kami dan lebih menarik, ia dianjurkan secara percuma.”

MOHD. KHAIRUL AMRI ISMAIL (Setia Alam, Selangor)
Pasukan: Grande azzuri (93 mata)
Pengurus: Kun meri aguero

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI