fbpx

Penerima dos penggalak disaran mendaftar di satu PPV sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Individu yang layak menerima suntikan dos penggalak Covid-19 disarankan untuk mendaftar nama dalam senarai menunggu di satu pusat pemberian vaksin (PPV) fasiliti kesihatan swasta sahaja bagi mengelak kekeliruan.

ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd .(ProtectHealth) dalam satu kenyataan berkata, pendaftaran untuk senarai menunggu di PPV fasiliti kesihatan swasta di bawah syarikat itu adalah percuma dan hanya vaksin Corminaty (Pfizer-BioNTech) diberikan di PPV yang disenaraikan buat masa ini.

“Selain secara walk-in, pendaftaran nama sebagai senarai menunggu di PPV juga boleh dilakukan melalui telefon dan e-mel mengikut senarai PPV yang tersedia menerusi laman web ProtectHealth di pautan www.protecthealth.com.my, bermula Isnin depan manakala senarai PPV akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

“Pendekatan ini akan memudahkan dan menggalakkan individu yang layak menerima dos penggalak lebih awal tanpa perlu menunggu lebih lama selain dapat membantu kerajaan memastikan vaksin tidak dibazirkan dan dapat digunakan secara optimum,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu katanya, individu yang telah berjaya mendaftar akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu terlebih dahulu dan akan dihubungi oleh pengamal perubatan swasta terbabit sekiranya ada pembatalan janji temu atau ‘no show’ oleh mereka yang telah menerima janji temu vaksin menerusi aplikasi MySejahtera.

“Pendaftaran senarai menunggu ini dilaksanakan bagi individu yang belum menerima janji temu dan layak menerima dos penggalak antaranya petugas barisan hadapan, individu berusia 40 tahun dan ke atas, individu berusia 18 tahun dan ke atas dengan komorbiditi dan keperluan untuk ke luar negara.

“Selain itu, individu (termasuk remaja berusia 12 hingga 17 tahun) yang masih belum menerima suntikan dos pertama atau kedua vaksin Covid-19 dan individu yang terlepas janji temu vaksin juga layak mendaftar untuk senarai menunggu ini,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI