fbpx
Wisma Darul Aman di Alor Setar adalah pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang turut menempatkan pelbagai jabatan dan agensi. – GAMBAR HIASAN

‘10 projek, sembilan kartel punya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – “Saya nak berte­rus teranglah, di GLC (anak syarikat berkaitan kerajaan) nampak ada yang jadi kartel. (Kalau) 10 sebut harga (projek) masuk, sembilan dia (kartel) punya.”

Itu pendedahan yang dibuat oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor pada persidangan Dewan Unda­ngan Negeri di sini semalam.

Menurut Muhammad Sanusi, kartel yang wujud dalam GLC di negeri itu dipercayai telah dikuasai oleh tauke-tauke besar.

Katanya, mereka kini semakin mencengkam dan menguasai kebanyakan projek GLC di peringkat negeri dan juga pusat.

“Ini bukan berlaku di state (negeri) sahaja, di federal pun berlaku. Di semua tempat, sudah ada kartel-kartel yang begitu mencengkam, di agensi-agensi atau tempat di mana duit (boleh) dijana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Johari Abdul (PKR-Gurun) berkaitan peranan kerajaan negeri dalam isu persaingan antara syarikat perniagaan dengan usahawan-usahawan kecil.

Muhammad Sanusi membe­ritahu, kerajaan negeri kini mengisytiharkan ‘perang’ terhadap kartel dalam GLC yang memonopoli tender projek-projek di Kedah.

Katanya, beliau sedang mene­liti perkara tersebut dan mencari langkah terbaik untuk membanteras kartel-kartel tersebut.

“Saya sedang teliti perkara ini dan mencari langkah bagaimana nak membanteras kartel-kartel yang dikuasai oleh tauke-tauke besar,” ujarnya.

Jelasnya, GLC sebenarnya ditubuhkan kerajaan dengan tujuan untuk diberi projek-projek kerajaan bagi membantu kontraktor-kontraktor kecil di bawah konsep ‘Payung’.

“Saya fikir perkara-perkara seperti ini perlu diberi pertimbangan semula. Kalau GLC tidak mampu lagi melaksanakan konsep ‘Payung’ untuk memba­ngunkan kontraktor kecil yang kita hasratkan itu, saya kira elok cukup setakat itu sahajalah.

“Insya-Allah perkara ini akan diberikan perhatian. Saya harap sahabat-sahabat saya di GLC turut mengamalkan konsep ber­syukur dan sabar,” ujarnya.

Menurutnya, kerajaan negeri juga tidak akan teragak-agak untuk menamatkan perkhidmatan pihak pengurusan dan eksekutif tertinggi dalam GLC di negeri ini kerana pelantikan mereka adalah secara kontrak berasaskan merit.

Ujarnya, langkah tersebut adalah sebahagian daripada usaha untuk mena­ngani masalah ber­kenaan.

“Kalau mereka didapati tidak dapat menguruskan dan berpe­ranan dengan baik sehingga me­ngalami kerugian, kontrak tidak akan disambung,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN