fbpx

‘Terima kasih Mamat Khalid hiburkan hati arwah mak saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zul Ariffin memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Mamat Khalid semalam.

PETALING JAYA – Lembu diikat dengan tali dan manusia dipegang dengan janji.

Barangkali peribahasa itu sesuai menggambarkan situasi atau senario yang ditunjukkan pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin.

Sebelum ini, Pelakon Harapan Lelaki Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM26) itu pernah memaklumkan, kalau ada orang meninggal dunia, dia orang pertama akan sampai.

Sehubungan itu, Zul dilihat menghadirkan diri bagi memberi penghormatan terakhir kepada sutradara prolifik, Allahyarham Mamat Khalid yang meninggal dunia pada 24 Oktober (Ahad).

Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Paloh, Ipoh, Perak, kira-kira pukul 2.20 semalam.

“Al-fatihah dan takziah buat keluarga Allahyarham Abang Mamat Khalid. Sesiapa yang kenal dan pernah tengok watak Encik Solihin, mohon sedekahkanlah al-fatihah.

“Terima kasih Abang (Mamat Khalid) hiburkan hati arwah mak saya di set penggambaran. Bagi dia senyum di set walaupun ketika itu, hati anak dia rabak tapi masih kuatkan diri teruskan kerja demi karya Abang,” ujar Zul menerusi satu hantaran status Instagram.

Dalam pada itu, menjawab tentang foto yang bertebaran dalam laman sosial itu, Zul hanya membalas kepada Kosmo! Online dengan untaian emoji termasuk emoji tangan diangkat dan dirapatkan menandakan kesyukuran serta simbol berbentuk hati.

Watak Solihin dicetuskan Allahyarham Mamat Khalid dijayakan Zul Ariffin dalam filem Hantu Kak Limah dan menyerlahkan sisi komedi aktor itu yang sebelum ini sinonim dengan karakter lelaki romantik  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI