fbpx
Ayob Khan (kanan) melakukan pemeriksaan ke atas salah sebuah kenderaan berat dalam Op Bersepadu Kenderaan Perdagangan Kontinjen Johor diadakan di Plaza Tol Skudai, Johor semalam. - Foto RAJA JAAFAR ALI

14 SJR di Johor akan terus dikekalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Sebanyak 14 sekatan jalan raya (SJR) di negeri ini akan terus dikekalkan biarpun Johor sudah mengalami peralihan Fasa 3 kepada Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, SJR itu dikekalkan bagi pengoperasian Op Benteng yang dibuat di beberapa lokasi terpilih di sekitar negeri ini.

Katanya, 14 SJR itu adalah bertujuan untuk pemantauan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diadakan secara bersepadu dengan beberapa agensi penguatkuasaan lain.

“Kita masih mengekalkan SJR yang berkaitan dengan Op Benteng sahaja iaitu sebanyak 14 SJR di lokasi yang ditetapkan.

“Bagi SJR yang ditempatkan di kawasan sempadan sebelum ini sudah tidak ada, kita sudah tarik balik,” katanya kepada pemberita hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI