fbpx

4 sekawan tawar pinjaman tidak wujud dihukum denda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keempat-empat tertuduh mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di Bukit Mertajam hari ini.

SEBERANG PERAI – Empat sekawan masing-masing didenda RM4,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini hari ini kerana menawarkan pinjaman tidak wujud pada minggu lalu.

Majistret Mohd. Harith Mohd. Mazlan menjatuhi hukuman itu terhadap tertuduh Lee Soon Ching, 21, Liew Hui Juan, 28, Connie Nam, 25, dan Ho Wei Lun, 33, selepas kesemua mereka mengaku bersalah.

Mohd. Harith turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama enam bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda, manakala barang kes turut diperintah dilupuskan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama-sama menawarkan pinjaman wang tidak wujud.

Tertuduh, didakwa melakukan kesalahan itu di B-11-03, Goodfield Resident, Jalan Bukit Minyak Permai 2, Bukit Mertajam di sini kira-kira pukul 4.05 petang pada 7 Oktober lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 120B (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau denda atau kedua-dua sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Nadia Jamal, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Ima Syakira.

Mengikut fakta kes, sebanyak 44 laporan polis dibuat di seluruh negara berhubung satu sindiket pinjaman wang tidak wujud sejak Januari lalu dengan anggaran kerugian RM401,815.32. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI