fbpx

Tetap setia walau kekasih punyai tumor pada wajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita ini terharu teman lelakinya tetap setia dengannya walaupun dia mempunyai tumor besar pada wajah. -TikTok

JAKARTA – Seorang lelaki membuktikan kesetiaannya dengan mencintai teman wanitanya biarpun wanita itu mempunyai ketumbuhan pada wajah, lapor laman berita Detik.com semalam.

Biarpun ketumbuhan atau benjolan pada wajah gadis itu amat besar, lelaki tersebut tetap setia kepadanya sehingga wajahnya pulih seperti biasa.

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh gadis tersebut di akaun TikTok @rhmiipm, dia menceritakan bahawa teman lelakinya itu tidak pernah berasa malu dengan keadaan wajahnya dan tetap setia di sisinya.

“Dia tidak pernah malu membawa saya ke mana-mana walaupun saya mempunyai tumor pada wajah dan ramai yang memandang saya dengan pandangan aneh,” tulis kenyataan pada video itu.

Menurut gadis itu, dia malah berasa sangat beruntung kerana memiliki seorang teman lelaki yang sangat setia.

Netizen yang menonton video tersebut meninggalkan komen dengan memuji sikap lelaki itu yang ikhlas mencintai pasangannya.

“Beruntungnya, semoga sihat dan bahagia selalu,” tulis seorang netizen.

“Tabik dengan didikan orang tua lelaki itu yang pandai mendidik anak mereka supaya menghormati seseorang,” kata seorang netizen lain.

Video tersebut sudah ditonton lebih 1.1 juta kali dengan 111,700 tanda suka dan hampir 600 komen. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI