fbpx
Cili dijual RM9 sekilogram di Kota Bharu, Kelantan semalam berbanding antara RM4 hingga RM6 sebelum ini.

‘Cili, telur, sayur semua mahal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas pembukaan semula sektor ekonomi dan pelancongan ketika pan­de­­mik Covid-19 di samping ­pe­r­alihan fasa di beberapa buah ne­geri, kenaikan harga barang keperluan pula kini menimbulkan keresahan dalam kalangan orang ramai.

Pengguna mulai risau apabila harga barang basah terutama barangan keperluan untuk memasak seperti ayam, ikan, telur, cili dan sebagainya tidak konsisten.

Tinjauan Kosmo! di pasar-pasar beberapa negeri menunjukan berlaku kenaikan harga barang terutama barangan basah untuk memasak harian.

Di Alor Setar, Kedah harga dikatakan tidak konsisten dan memberi kesan kepada pengguna yang membeli di pasar basah dan pasar raya.

Seorang pengguna, Sunita Jaini, 45, berkata, dia yang juga seorang peniaga kedai makan rasa terbeban dengan kenaikan beberapa barangan tersebut.

“Saya mendapati harga telur gred A, B dan C yang selalu saya guna naik hingga RM1 ke RM2 sepapan iaitu dari RM12 hingga RM 13.10 (gred A), RM 10.80 kepada RM12 bagi gred B dan naik hingga RM 11.20 bagi gred C.

“Selain itu, harga ayam juga masih melebihi RM8 sekilogram sejak awal bulan ini berbanding RM7 sekilogram sebelum ini,” jelasnya.

Di Kota Bharu, Kelantan pula, harga cili merah di Pasar Besar Siti Khadijah dan Pusat Transformasi Bandar, Tunjong di sini didapati naik sehingga RM3 sekilogram (kg) berbanding sebelum ini.

Harga cili dijual pada harga RM9 sekilogram berbanding sebelum ini hanya RM4 hingga RM6 bergantung kepada gred.

Di Putrajaya, harga kubis bunga turut naik apabila dijual sekitar harga RM12 sekilogram berbanding hari-hari biasa iaitu RM9.

Menurut peniaga, Adnan Ismail, 50, kenaikan harga tersebut telah berlaku sekurang-kurang­nya sejak dua minggu lalu dan tidak dapat dipastikan mengapa ia berlaku.

“Selain kubis bunga, sayur-sayuran seperti sawi juga naik sedikit harganya. Biasanya saya jual sekitar RM3.50 sekilogram, namun kini harga jualannya ialah RM5.

Bagi peniaga ikan, Shamsul Azhar Osman, 29, pula, harga jualan makanan laut seperti ikan kembung dan sotong tidak begitu berbeza kecuali udang bersaiz besar yang kini dijual dengan harga RM45 sekilogram.

Harga barang keperluan didapati naik di pasar besar Putrajaya.

Di Pasar Besar, Klang, Sela­ngor pula harga ikan bilis yang menjadi sajian peniaga menjual nasi lemak naik RM2 sekilogram.

Harga ikan kembung naik kepada RM18 sekilogram berban­ding ­sebelum ini RM16 selain telur Gred A mengalami kenaikan sebanyak 60 sen apabila dijual RM1 sebiji.

Seorang suri rumah, Sofia Zarina Anwar, 30, berkata, kenaikan itu menyebabkan dia terpaksa menambah perbelanjaan hariannya sebanyak RM10 ketika membeli barangan keperluan tersebut.

“Walaupun jumlah itu nampak kecil, namun setiap wang amat bernilai ketika masih ramai terkesan akibat pandemik Co­vid-19,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN