fbpx
Anggota Perhilitan Johor menangkap salah seekor gajah dalam satu operasi di Felda Pasak, Kota Tinggi, semalam.

Gajah betina pijak pengawal ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh MASTURAH SURADI

KOTA TINGGI – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor berjaya menangkap gajah betina yang menyebabkan kematian seorang pengawal keselamatan dalam kejadian berlaku di lombong pasir Batu 6, Jalan Mawai di sini.

Pengarahnya, Salman Saaban berkata, gajah berkenaan ditangkap bersama dua lagi gajah lain dalam ops tangkapan gajah yang dilakukan bermula pukul 12.30 tengah hari hingga 7.15 petang semalam.

“Tiga gajah liar ini dipercayai mamalia yang menimbulkan konflik di daerah ini sehingga menyebabkan insiden kematian seorang pengawal keselamatan serta amukan di kedai buah baru-baru ini.

“Kita yakin salah seekor gajah ini iaitu gajah betina merupakan haiwan yang menyerang mangsa berdasarkan arah pergerakan serta perbandingan gambar video yang tular serta siasatan di lapangan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, operasi tangkapan dilakukan Unit Tangkapan Gajah (UTG) Johor bersama Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Pahang melibatkan seramai 12 orang kakitangan.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN