fbpx
Adham (tengah) ketika meninjau persiapan PPV di Persada Johor Bahru, di sini hari ini. / FOTO RAJA JAAFAR ALI

Perlu penjadualan semula dalam MySejahtera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Kementerian Kesihatan meminta individu yang gagal menghadiri tarikh janji temu vaksinasi mereka agar melakukan penjadualan semula menerusi aplikasi MySejahtera.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, perkara itu perlu dibuat bagi memastikan hasrat kerajaan untuk mencapai imunisasi kelompok 80 peratus rakyat tercapai.

Katanya, jumlah individu yang gagal menghadiri tarikh janji temu akan dimaklumkan kerajaan minggu depan.

“Kita terima laporan harian bahawa ada individu yang gagal hadir janji temu vaksinasi mereka atas pelbagai sebab antaranya tiada pengangkutan atau kerana takut untuk disuntik.

“Tetapi saya nasihatkan mereka agar melakukan ‘rescheduling’ dalam aplikasi MySejahtera mereka untuk membolehkan mereka tidak ketinggalan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat PPV Mega Persada, di sini hari ini.

Tambah Dr. Adham, kerajaan bagaimanapun tidak berdepan sebarang masalah akibat kegagalan individu menghadiri janji temu mereka kerana bekalan yang tersedia itu boleh digunakan untuk penerima suntikan pada keesokan harinya.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan PPV Mega yang akan mula beroperasi esok menyaksikan seramai 500 penerima suntikan bagi dua hari pertama pembukaannya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN