fbpx

Insiden kematian Dupasquier terus hantui Quartararo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO mengibarkan bendera Switzerland sebagai tanpa penghormatan terhadap Dupasquier selepas memenangi GP Itali kelmarin. - AFP

TUSCANY, ITALI – Pelumba Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo mengakui sa­ngat sedih di sebalik kejayaannya merangkul kemenangan di Grand Prix (GP) Itali malam kelmarin.

Pelumba Perancis itu mendedahkan bahawa setiap kali mengambil selekoh kesembilan, dia terfikir mengenai kemala­ngan yang meragut nyawa pelumba Switzerland, Jason Dupasquier yang meninggal dunia sebelum saingan Moto2 bermula.

Dupasquier terlibat dalam kemalangan ngeri pada sesi kelayakan Moto3 dan diterbangkan terus ke Hospital di Florence sebelum disahkan meninggal dunia ekoran kecederaan parah yang dialaminya.

Quartararo yang muncul juara di Mugello mendedikasikan kemenangan tersebut buat Dupasquier dan turut mengibarkan bendera Switzerland selepas perlumbaan berakhir.

“Secara jujurnya ia adalah perlumbaan paling emosi. Sangat sukar untuk saya meneruskan perlumbaan kerana setiap kali melalui selekoh kesembilan saya memikirkan mengenai Dupasquier.

“Ini bukan suatu perasaan yang hebat walaupun meraih kemenangan. Anda memenangi perlumbaan tetapi dalam masa yang sama kehilangan salah seorang rakan dalam perlumbaan ini,” kata Quartararo.

Kemenangan Quartararo memastikannya memimpin perlumbaan dengan 105 mata dan meninggalkan Johann Zarco dengan kelebihan 24 mata selepas pelumba Perancis itu terlepas podium apabila sekadar menamatkan saingan tempat keempat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI