fbpx
HAKIM Danish meraih podium pertamanya di Mugello minggu lalu dan memburu kejayaan kedua di Litar Balaton Park esok.

Moto3: Prestasi Danish bukan kebetulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGURUS ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin menyifatkan aksi memukau ditampilkan anak buahnya, Hakim Danish Ramli dalam saingan Moto3 pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) bukanlah sekadar kebetulan.

Sebaliknya, ia berpunca disiplin serta kerja keras yang dipamerkan pelumba kelahiran Kuala Terengganu itu sejak awal saingan musim ini, lebih-lebih lagi menggalas status sebagai muka baharu.

Zulfahmi berkata, pelumba berusia 19 tahun itu sudah mula faham bagaimana untuk menguruskan perlumbaan selain apa yang diperlukan sekiranya mahu terus bersaing dalam kelompok hadapan di setiap perlumbaan.

“Kedudukan podium di Mugello adalah bukti bahawa Hakim (Danish) memiliki kemampuan untuk bersaing dengan pelumba terbaik dunia. Apa yang dicapainya bukanlah satu kebetulan, tetapi hasil kerja keras, disiplin sejak awal musim.

“Saya melihat keyakinan dia semakin meningkat selepas perlumbaan di Itali. Apa yang lebih penting, dia kini memahami apa diperlukan untuk berada dalam kelompok hadapan dan bagaimana menguruskan perlumbaan ketika bersaing merebut podium,” katanya.

Pada Grand Prix (GP) Itali di Litar Mugello minggu lalu, Danish melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menjejakkan kaki ke pentas podium selepas menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Justeru, Zulfahmi berharap pelumba pasukan MT Helmets-MSI itu akan mengekalkan momentum menjelang GP Hungary di Litar Balaton Park hujung minggu ini meskipun venue itu tidak sesuai dengan gaya tunggangan Danish.

“Balaton Park bukanlah litar yang benar-benar sesuai dengan gaya tunggangan Hakim Danish. Saya menjangkakan pusingan ini akan menjadi salah satu perlumbaan yang mencabar buatnya selain ada beberapa perkara perlu diperbaiki,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN