fbpx

Haiwan eksotik bernilai RM61,800 seludup dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian kura-kura yang dirampas oleh PGA selepas menahan seorang lelaki di Kampung Kebun, Tumpat semalam. - Foto IHSAN PGA

TUMPAT – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 merampas pelbagai spesis haiwan eksotik bernilai RM61,800 yang diseludup masuk ke negara ini melalui pangkalan haram di Kampung Kebun, Pengkalan Kubor di sini semalam.

Dalam tangkapan pada pukul 11.30 malam itu, anggota PGA turut menahan seorang lelaki berusia 33 tahun bagi membantu siasatan berhubung rampasan haiwan eksotik berkenaan.

Pegawai Pemerintah Medan PGA, Superintendan Azhari Nusi berkata, kesemua rampasan itu melibatkan sebanyak 92 ekor kura-kura, tiga ekor tupai, dua ekor ular, cicak.

Katanya, rampasan itu dijalankan ketika anggota PGA telah melihat sebuah kereta jenis Proton Iswara Aeroback yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan di dalam bonet kereta itu telah menemui pelbagai spesis haiwan disyaki haiwan eksotik yang diseludup dari negara jiran.

“Semasa ditahan, lelaki itu gagal mengemukakan sebarang dokumen atau permit sah yang berkait dengan haiwan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azhari, kesemua haiwan eksotik itu dipercayai diseludup masuk dari negara jiran untuk pasaran negara ini.

Katanya, suspek dan haiwan yang dirampas dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 60 (1)(a) Akta Perhilitan 1972 dan Seksyen 68 (1) (a) akta sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI