YEE HERN (kiri) dan Vannee meraih gelaran kedua musim ini selepas memenangi kejohanan Syed Modi. - FB BAM

Syed Modi: Yee Hern-Vannee sambar gelaran di Lucknow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu campuran muda negara, Wee Yee Hern-Vannee Gobi menepati ramalan apabila merangkul gelaran pada Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi di Lucknow, India hari ini.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Akademi Badminton BBD U.P. sebentar tadi, pasangan No.61 dunia itu menewaskan beregu Indonesia, Jafar Hidayatullah-Rinjani Kwinnara Nastine 21-17, 21-17.

Bertemu gandingan No.230 dunia, Yee Hern-Vannee dianggap sebagai pilihan, namun mereka tidak menunjukkan tanda-tanda tertekan dengan jangkaan yang diletakkan.

Aksi set pertama menyaksikan perlawanan berlangsung sengit apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan bertukar servis selain tidak dibezakan jurang mata besar.

Ketika diikat 16-16, Yee Hern-Vannee mengorak langkah mengutip mata demi mata sebelum memastikan kemenangan pertama 21-17.

Bersambung set kedua, beregu negara terus mengekalkan momentum dan mendominasi hampir sepenuhnya permainan apabila tidak membenarkan lawan untuk memintas.

Biarpun Jafar-Rinjani cuba untuk bangkit dan merapatkan kedudukan, namun Yee Hern-Vannee kekal fokus dan memastikan gelaran menjadi milik mereka menerusi kemenangan 21-17.

Menerusi kemenangan tersebut, Yee Hern-Vannee membawa pulang hadiah wang tunai AS$19,750 (RM81,385) manakala beregu Indonesia meraih AS$9,500 (RM39,147). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN