Tangkap layar video memaparkan keadaan banjir yang berlaku di Shah Alam, petang ini.

[VIDEO] Jalan di Shah Alam berubah jadi ‘sungai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Shah Alam dilaporkan dinaiki air susulan hujan lebat kira-kira sejam sehingga menyebabkan jalan raya ditenggelami air dan menyukarkan pergerakan pengguna jalan raya sebentar tadi.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, @syafiquezainuddin, keadaan di Seksyen 13 antara yang terjejas apabila beberapa laluan di kawasan itu sudah dipenuhi air seperti sungai.

“Shah Alam sudah banjir, hati-hati semua warga Shah Alam. Seksyen 13 banyak jalan dah jadi sungai. Dahan pokok pun banyak jatuh ni,” kongsinya.

Keadaan sama turut dilaporkan berlaku di Seksyen 22 apabila air mula naik di hadapan sebuah stesen minyak sehingga hanya satu lorong boleh digunakan oleh kenderaan.

“Info-info, warga Shah Alam Seksyen 22, depan Petronas tinggal satu lorong boleh lalu. Air dah naik. Hati-hati memandu kawasan sini,” kongsi @hmdnhmayh.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial yang berkongsi keadaan di kawasan masing-masing serta mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati.

“Seksyen 7 pun kena berhati-hati juga. Jalan Bukit UiTM itu tolong perlahankan kenderaan sebab air laju di situ,” komen @iamzazahamzah.

Sementara itu, pengguna @meen.burn menyifatkan keadaan cuaca di Shah Alam agak gelap sebelum hujan dan mendoakan agar semua penduduk di kawasan terjejas dipermudahkan urusan.

“Tu lah, tadi gelap betul kawasan Shah Alam. Moga dipermudahkan buat warga Shah Alam semua,” katanya.

“Mujurlah patah balik rumah. Niat nak ke sana, sekali buka Threads. Tak apalah, aku sayang EV aku,” seloroh qwetypie13. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN