Muhammad Saiful Haikal(kanan) hadir pengebumian dua adiknya, pagi tadi. Foto olah ROHANA MOHD.NAWI/KOSMO!

Abang trauma, rasa bersalah dua adik meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR MAS – Abang kepada dua beradik yang maut dalam kemalangan di Kampung Bechah Tendong, di sini, mengakui dia berasa bersalah teramat apabila dua adiknya meninggal dunia petang semalam.

Muhammad Saiful Haikal Saiful Nizam, 18, berkata, ekoran kejadian itu, dia trauma serta takut untuk menunggang motosikal selain menyatakan tidak menyedari motosikalnya tiba-tiba terbabas sebelum melanggar tiang lampu di tepi jalan.

“Saya tiba-tiba terduduk dekat motosikal sebelum melihat dua adiknya tercampak dan berlumuran darah.

“Pada masa sama, kaki saya juga berdarah dan kami dibantu penduduk kampung yang melihat kejadian itu,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya di Kampung Bechah Tendong, di sini, hari ini.

Terdahulu jenazah dua beradik Muhammad Saiful Ayyan, 6, dan Muhammad Saiful Haider, 10, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kubor Gaung, Tendong, di sini, kira-kira pukul 10.50 pagi tadi, yang dihadiri 300 ahli keluarga dan penduduk.

Bercerita tentang kejadian, Muhammad Saiful Haikal berkata, ketika di lokasi kejadian, dua adiknya masih bernyawa sebelum dimaklumkan ibu bahawa mereka telah meninggal dunia akibat kecederaan parah di hospital.

Dalam pada itu, Ibu kepada dua beradik, Noor Zuhanis Mohd.Noor, 42, berkata, dia reda dengan kehilangan kedua-dua anaknya walaupun tidak boleh menerima apa yang berlaku.

Menurutnya, dia juga terkilan kerana tidak sempat menyedia kek untuk majlis perpisahan di sekolah Muhammad Saiful Haider, pada Isnin depan.

“Saya difahamkan sebelum kejadian, dua anaknya sudah menunjukkan perubahan sikap dengan rakan sekolah mereka. Lagi pula saya lihat hubungan dua beradik bertambah erat ketika berada di rumah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN