A. Samad Said

A. Samad Said meninggal dunia pada usia 91 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA- Sasterawan Negara, A Samad Said yang sebelum ini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dilaporkan meninggal dunia pada pukul 6.10 petang tadi

Berita pemergian tokoh sastera dan bekas wartawan Utusan Melayu itu dikongsikan oleh anak sulungnya, Helmy Samad dalam satu hantaran di media sosial sebentar tadi.

“6.10 (petang). Innalillahi wainnailaihi rojiun,” tulisnya ringkas.

A Samad atau nama penuhnya, Abdul Samad Mohamed Said, 91, yang dilahirkan di Melaka dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara Keempat yang menerima pengiktirafan itu pada 1985.

Sepanjang hidupnya, A Samad menghasilkan pelbagai karya antaranya novel, puisi, drama, dan esei yang berpengaruh.

Antara karya agungnya termasuk Salina (1961), Sungai Mengalir Lesu (1967), Langit Petang (1980), Daerah Zeni (1985), Hujan Pagi (1987) dan kumpulan puisi Liar di Api.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai wartawan dan pengarang di beberapa syarikat akhbar seperti Utusan Melayu, Berita Harian, dan The New Straits Times. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN