HODAK memiliki reputasi dan pengaruh yang cukup besar dalam bola sepak Malaysia, malah mempunyai pengalaman di pentas antarabangsa. - FB PERSIB BANDUNG

Hodak galas tugas kemudi Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANTAN pengendali skuad Ba­wah 19 Tahun (B-19) negara, Bojan Hodak menamatkan spe­kula­si apabila dipilih menjadi pe­ngemudi baharu Harimau Malaya.

Presiden Persatuan Bola Se­pak Malaysia (FAM), Datuk Ab Gha­ni Hassan berkata, pemilihan Hodak dibuat selepas mengambil kira pengalaman, kemam­puan serta rekod pencapaiannya yang membuktikan beliau mempunyai keupayaan untuk membimbing pasukan kebangsaan.

“FAM percaya pengalaman luas Bojan Hodak dalam bola sepak Malaysia dan rantau Asia Tenggara merupakan satu ke­le­bihan dalam memahami perse­kitaran, karakter serta potensi pe­main tempatan.

“Rekod kejayaan beliau bersama beberapa kelab di Malaysia dan Indonesia turut memperlihatkan keupayaannya membentuk pasukan yang kompetitif serta mampu bersaing untuk mencapai kejayaan.

“Kami berharap pelantikan ini dapat memberikan hala tuju ba­haru kepada Harimau Malaya, selain memperkukuh persiapan pasukan dalam menghadapi ca­baran dan kejohanan antarabang­sa akan datang,” katanya.

Hodak bukan nama asing da­lam bola sepak tempatan apabila pernah mengendalikan beberapa pasukan di negara ini termasuk Johor Darul Ta’zim (JDT), Kelantan dan Kuala Lumpur City.

Malah, jurulatih dari Croatia itu memiliki rekod cemerlang di Malaysia apabila pernah memenangi pelbagai kejuaraan terma­suk Piala Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Lebih menarik, Hodak turut mencipta kejayaan di pentas antarabangsa apabila membantu skuad B-19 negara muncul juara Kejuaraan B-19 ASEAN 2018.

Kerjaya bersama Persib Ban­dung juga bersinar apabila beliau membantu kelab itu muncul juara Liga Indonesia tiga musim berturut-turut bermula 2023/2024 hingga 2025/2026.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN