Kemalangan MPV Nissan Serena yang meragut nyawa tiga sekeluarga di KM159.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan diTangkak hari ini. - IHSAN POLIS

Tiga maut, MPV terbabas selepas hantar anak masuk U

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANGKAK – Tiga sekeluarga termasuk kanak-kanak berusia dua tahun maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Serena terbabas di Kilometer (KM) 159.6, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, di sini hari ini.

Nahas pada pukul 1.15 tengah hari itu turut menyebabkan tiga lagi mangsa cedera.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak, Deputi Superintendan Jamellulkamal Abdul Halim, kejadian berlaku ketika MPV dinaiki mangsa dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru selepas menghantar anak di sebuah universiti di Melaka.

Kemalangan MPV Nissan Serena yang meragut nyawa tiga sekeluarga di KM159.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan diTangkak hari ini. – IHSAN POLIS

“Kenderaan tersebut hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri dan melanggar besi penghadang jalan.

“Ekoran kemalangan itu, tiga penumpang terdiri daripada wanita berusia 49 tahun, anak lelakinya berusia 14 tahun dan cucu meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemandu MPV dan dua penumpang lain mengalami kecederaan. Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar untuk mendapatkan rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN