Tangkap layar klip video yang memaparkan keadana banjir yang dialami penduduk Kampung Jeram.

[VIDEO] 16 hari ‘berendam’ dalam banjir, nak pergi kerja pun susah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sudah 16 hari berdepan banjir, penduduk Kampung Bukit Hijau, Jeram, Kuala Selangor merayu pihak bertanggungjawab supaya segera mengambil tindakan bagi menyelesaikan masalah yang menjejaskan kehidupan harian mereka.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai Nazrul_tintservice berkata, tempoh lebih dua minggu berdepan situasi itu menyebabkan mereka tidak dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

“Saya minta sangat, saya merayulah. Banjir sudah 16 hari, kalau tengok keadaan sekarang, selesaikan yang sekarang ini dahulu.

“Jangan fikir untuk jangka masa panjang. Jangka masa panjang itu nanti, sekarang ini sudah 16 hari,” katanya menerusi satu klip video.

Mengulas lanjut, individu itu berkata, penduduk turut meluahkan harapan agar semua pihak berwajib yang terlibat dalam menguruskan isu banjir berkenaan dipermudahkan urusan.

Bagaimanapun, dia menegaskan tidak berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya berharap tindakan segera dapat dilakukan supaya penduduk tidak terus terbeban dengan keadaan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut berkongsi keadaan sama kerana terpaksa berdepan dengan keadaan banjir termenung.

“16 hari duduk dalam keadaan air macam ni dari jernih sampai warna macam ni dengan baunya lagi, nak pergi kerja susah balik kerja susah,”tulis Abilrahim.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Noorenaamira.

“Dulu tak de la teruk macam ni, saya duduk sini dari lahir, keturunan mak abah, semua kat kampung ni, moyang pun kampung ini. Pembangunan tempat lain, kampung ini jadi mangsa,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN