Onn Hafiz ketika membentangkan Belanjawan Johor 2027 di Kota Iskandar, hari ini.

Penjawat awam Johor terima bonus dua bulan setengah gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri mengumumkan pemberian insentif khas sebanyak dua setengah bulan gaji kepada penjawat awam negeri Johor.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, penjawat awam negeri merupakan tulang belakang pentadbiran serta penggerak utama kepada pelaksanaan agenda pembangunan yang dirancang kerajaan negeri.

Menurutnya, sumbangan, dedikasi dan komitmen ditunjukkan seluruh penjawat awam sepanjang tahun ini wajar diberikan penghargaan sewajarnya.

“Sebagai tanda penghargaan kepada seluruh penjawat awam negeri Johor yang menjadi tulang belakang pentadbiran dan peneraju utama agenda pembangunan negeri, khidmat bakti yang telah ditunjukkan oleh seluruh penjawat awam negeri juga wajar diberi perhatian,” katanya ketika membentangkan

Belanjawan Johor 2027 di Dewan Negeri Johor, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN