Perkongsian penduduk di Puncak Alam mengenai situasi banjir ketika ini.

[VIDEO] Puncak Alam dah jadi pulau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hujan lebat berterusan sejak pukul 2 petang tadi menyebabkan beberapa laluan utama dan kawasan sekitar Bandar Puncak Alam di sini dilanda banjir kilat sehingga menyukarkan pergerakan pengguna jalan raya.

Situasi mencemaskan itu dikongsikan orang ramai menerusi aplikasi Threads petang ini apabila beberapa jalan penghubung utama dilaporkan dinaiki air dengan mendadak.

Menerusi hantaran pengguna @joohnlabu, dia menyifatkan kawasan tersebut kini seolah-olah terputus hubungan akibat air naik di laluan masuk.

“Puncak Alam dah jadi pulau. Tiada jalan yang boleh masuk Puncak Alam. Banjir teruk,” kongsinya.

Seorang lagi pengguna @cponghazmil memaklumkan, hujan masih belum berhenti sejak pukul 2 petang tadi dan menyenaraikan beberapa lokasi yang terjejas berdasarkan maklumat kumpulan komuniti setempat.

Katanya, antara lokasi yang dilaporkan dinaiki air termasuk kawasan hadapan Proton menghala ke Econsave, Alam Suria di hadapan Lawar Village, lampu isyarat Lotus’s serta kawasan Hillpark.

Selain banjir kilat, pengguna itu turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati kerana terdapat lubang besar di jalan raya berhadapan sebuah restoran makanan segera (KFC) yang boleh membahayakan kenderaan.

Sementara itu, pengguna @_aikalluzz turut memuat naik gambar keadaan trafik sesak serta sekumpulan penunggang motosikal sedang membantu menolak sebuah kereta yang terkandas di dalam banjir.

“Sini setiap kali hujan mesti air naik ya, apa pun terima kasih abang-abang motor semua tolong,” katanya.

Pengguna lain @nniss.k turut berkongsi rakaman dari dalam kenderaan yang menunjukkan air bertakung di laluan utama sekitar Puncak Alam. – KOSMO! ONLINE

 

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN