Antara kenderaan mewah yang disita JPJ WPKL dalam Ops Patuh JPJ WPKL 2026 di sekitar Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Kenderaan mewah, perdagangan kena sita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beberapa kenderaan perdagangan dan mewah disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) selepas dikesan melakukan pelbagai kesalahan dalam Ops Patuh JPJ WPKL 2026, Jumaat lalu.

Pengarah JPJ WPKL, Hamidi Adam berkata, operasi itu dijalankan di tiga lokasi iaitu Jalan Sri Rampai, Jalan Kuching dan Plaza Tol Ayer Panas.

“Antara kesalahan dikesan ialah Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans dan tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL).

“JPJ WPKL akan terus menjalankan pemantauan secara berterusan terhadap semua aduan bagi memastikan kenderaan mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya,” katanya.

Orang ramai yang ingin membuat aduan kesalahan lalu lintas boleh menyalurkannya menerusi e-mel [email protected] atau aplikasi e-Aduan JPJ dengan menyertakan butiran pengadu serta aduan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN