Helmy selepas membuang undi di SK Seri Duyong di Melaka hari ini.

PRN Melaka: BN mendahului di 12 kerusi DUN setakat 6.55 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Barisan Nasional (BN) dilihat semakin selesa mendahului saingan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka apabila berjaya menguasai 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menerusi keputusan tidak rasmi setakat pukul 6.55 petang.

Berdasarkan data semasa portal myundi, perkembangan terkini itu menyaksikan pertambahan enam lagi kerusi yang didahului gabungan berkenaan melalui calon-calon UMNO.

Kerusi terbaharu yang memihak kepada BN melibatkan DUN Kuala Linggi, Duyong, Sungai Rambai, Merlimau, Rim dan Serkam.

Terdahulu, BN telah pun mendahului lawan di enam kerusi lain iaitu DUN Asahan, Gadek, Sungai Udang, Lendu, Pengkalan Batu serta Machap Jaya.

Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) pula mencatatkan pertambahan satu lagi kerusi apabila calon PKR mendahului di DUN Klebang.

Selain Klebang, PH turut mendahului di empat kerusi tradisi yang diwakili calon DAP iaitu Bandar Hilir, Ayer Keroh, Kota Laksamana dan Kesidang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN