Keadaan di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Duyong pagi ini.

Cuaca cerah di Melaka, ramai keluar mengundi awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA TENGAH – Cuaca cerah di beberapa kawasan di negeri ini pagi ini memberi peluang kepada orang ramai untuk keluar awal menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.

Keadaan cuaca yang baik sejak awal pagi dilihat memudahkan pengundi hadir ke pusat-pusat mengundi bagi melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat yang bakal menentukan hala tuju negeri itu.

Rata-rata pengundi mengambil kesempatan untuk keluar mengundi pada sebelah pagi bagi mengelakkan kesesakan, selain memanfaatkan keadaan cuaca yang baik ketika ini.

Tinjauan Kosmo di Sekolah Kebangsaan Seri Duyong di sini juga menyaksikan kehadiran pengundi seawal pusat mengundi dibuka kira-kira pukul 8 pagi dengan proses pengundian setakat ini berjalan lancar.

Turut hadir membuang undi di pusat pembuangan undi ini termasuklah Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem bersama isterinya kira-kira pukul 8.30 pagi.

PRN Melaka kali ini menyaksikan seramai 687,697 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN