CHENG HOE percaya skuad kebangsaan yang dipilih kali ini mampu memberikan keputusan yang baik pada dua aksi persahabatan kali ini.

Harimau Malaya kekal optimis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WALAUPUN tanpa kelibat sebahagian besar tonggak utama negara, Harimau Malaya tetap optimis untuk mencatat keputusan positif menjelang dua aksi persahabatan menentang China dan Yemen nanti.

Ketua jurulatih interim, Tan Cheng Hoe menerima berita kurang gembira apabila enam pemain Selangor FC menarik diri pada saat akhir akibat kecederaan selain tidak menyenaraikan pemain-pemain penting dari Johor Darul Ta’zim (JDT).

Beliau berkata, pertemuan menentang China dan Yemen cukup penting buat Harimau Malaya kerana ia mampu menjadi persediaan bagi menghadapi aksi lebih mencabar pada saingan musim depan.

Jelas Cheng Hoe, rentak positif yang dipamerkan ketika saingan Piala ASEAN FIFA September lalu perlu dikekalkan bagi memastikan skuad bola sepak kebangsaan berada pada landasan terbaik menjelang kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia.

“Mana-mana jurulatih pun mesti ada sasaran, tidak kira ia persahabatan atau pertandingan. Sudah tentu kita tahu kekuatan pasukan China biarpun mereka sudah kalah tiga kali berturut-turut sebelum ini.

“Setiap pasukan pastinya tidak mahu untuk tewas buat kali keempat. Kita tetap menghormati China selain perlu ingat bahawa Yemen juga berada pada prestasi terbaik ketika Piala Teluk sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, pemain-pemain baharu yang dipanggil menyertai pasukan kebangsaan memiliki peluang terbaik untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan Harimau Malaya selain memperagakan aksi di pentas antarabangsa.

Sementara itu, Cheng Hoe mengakui jurulatih sering berada dalam dilema ketika membuat keputusan untuk memanggil pemain kerana perlu mengambil kira kepentingan kelab serta pasukan kebangsaan.

“Sebagai jurulatih, kita mempunyai perasaan bercampur baur kerana mengharapkan situasi menang-menang. Memang kita mahukan yang terbaik tetapi pada masa sama, kita perlukan mata ranking FIFA untuk JDT,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN