fbpx
Tangkap layar rakaman yang tular di media sosial.

Pelajar khayal dalam kelas positif tiga jenis dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Saringan urin yang dijalankan terhadap pelajar sekolah menengah yang tular dipercayai berada dalam keadaan khayal di sebuah sekolah di Nilai dikesan positif tiga jenis dadah.

Pelajar terbabit didapati positif ketamin, benzodiazepin (benzo) dan tetrahydrocannabinol (THC) selepas ujian saringan awal dijalankan pada 28 Oktober lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya mengesan penularan video memaparkan pelajar berkenaan di media sosial Threads pada 4 November lalu sebelum siasatan dijalankan terhadap pelajar terbabit.

“Bagaimanapun, keputusan ujian saringan awal urin berkenaan masih tertakluk kepada pengesahan lanjut.

“Satu laporan polis sudah dibuat berhubung kejadian itu dan pelajar berkenaan akan dirujuk kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Khalidah Omar memberitahu, pihaknya sedang menjalankan berhubung dakwaan seorang pelajar berada dalam keadaan khayal di sebuah sekolah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN