PETALING JAYA – “Semalam baru pergi ambil MySara, tadi (semalam) tengok barang semua habis tenggelam. Habis beras masuk air, dugaan…”
Demikian luahan seorang penduduk Kampung Melayu Subang, Shah Alam yang berdepan banjir buruk petang semalam.
Menerusi perkongsian di media sosial, pemilik akaun @Eemmeeyy berkata, banjir kali ini naik sehingga paras dada menyebabkan barangan yang baru dibeli menggunakan bantuan MySara kelmarin ditenggelami air.
“Kampung Melayu Subang banjir lagi. Kali ini lagi teruk, dalam rumah paras dada. Dugaan, kita reda saja, bukan rezeki,” katanya.
Perkongsian itu meraih simpati dalam kalangan pengguna media sosial yang turut mendoakan agar penduduk yang terjejas supaya tabah menghadapi dugaan tersebut.
“Kuatkan semagat, tabahkan hati, ya,” kata @Tbh5003.
“Moga diganti dengan yang lebih baik,” balas @Nurullllhana.
“Tahun ini dah tiga kali banjir. Risiko rumah tepi sungai macam Sri Muda,” kata @Roy88husky. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
















