Zakaria

Remaja Myanmar tidak dihantar pulang, masih dalam tahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Imigresen (JIM) menafikan dakwaan tular di media sosial berhubung seorang remaja perempuan warga Myanmar yang dikatakan dihantar pulang ke negara asal menerusi Program Penghantaran Pulang semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, semakan mendapati remaja itu masih ditahan di depot dan tidak terlibat dalam Program Penghantaran Pulang menggunakan kapal tentera Myanmar.

“JIM mengambil perhatian terhadap kebimbangan yang dibangkitkan, khususnya berhubung aspek keselamatan dan kebajikan tahanan.

“Dalam melaksanakan tanggungjawab penguatkuasaan undang-undang, JIM turut memberi perhatian terhadap pertimbangan kemanusiaan, tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan prosedur yang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pengurusan depot imigresen dilaksanakan mengikut ketetapan dan piawaian antarabangsa seperti United Nations Standard Minimum Rules for the Treatment of Prisoners (The Nelson Mandela Rules).

Kawalan dalaman turut dilakukan melalui Peraturan-Peraturan Imigresen (Pentadbiran dan Pengurusan Depot Imigresen) 2003 dan Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Mengenai Pentadbiran dan Pengurusan Depot Imigresen dengan mengambil kira prinsip layanan berperikemanusiaan.

“JIM menyeru orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan sehingga boleh menimbulkan kekeliruan mengenai tindakan dan proses yang dilaksanakan oleh jabatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN