fbpx
Asyraf Wajdi

Jangan ‘swastakan’ tanggungjawab didik anak kepada guru – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ibu bapa tidak seharusnya mempunyai mentaliti ‘menswastakan’ sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru dan pihak sekolah.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, rumah tetap menjadi madrasah pertama dalam membentuk peribadi dan jati diri anak-anak.

Menurut beliau, penggunaan gajet juga tidak wajar dijadikan pengganti kasih sayang, perhatian dan komunikasi antara ibu bapa dengan anak.

“Jangan sesekali bermentaliti ‘menswastakan’ tanggungjawab mendidik anak-anak sepenuhnya kepada guru dan sekolah.

“Jangan pula gajet dijadikan pengganti kasih sayang, perhatian dan komunikasi,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Beliau berkata, karakter anak-anak banyak dipengaruhi didikan, teladan serta suasana yang dilihat dan dirasai mereka dalam kehidupan seharian.

“Rumah tetap madrasah pertama pembentukan peribadi anak-anak. Akhirnya karakter mereka banyak mencerminkan didikan, teladan serta suasana yang mereka lihat dan rasai daripada kita.

“Paling utama, agama tetap menjadi akar penting pembentukan jati diri anak-anak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN