fbpx
Gambar hiasan

Adakah Nabi Ibrahim pernah berbohong?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Adakah Nabi Ibrahim pernah berbohong? Saya ada terdengar yang Nabi Ibrahim pernah berbohong untuk selamatkan nyawanya. Adakah benar?

Jawapan: Nabi Ibrahim merupakan Rasul yang disifatkan oleh Allah SWT sebagai rasul yang segera melaksanakan perintah Allah SWT tanpa ada keraguan. Firman Allah SWT: “Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia.” (Surah Al-Baqarah : 124)

Kembali kepada persoalan yang dikemukakan, memang terdapat hadis-hadis yang pada zahirnya seakan-akan Nabi Ibrahim menipu.

Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya : “Nabi Ibrahim tidak pernah berbohong (berhelah) kecuali pada tiga perkara.” (Riwayat Al-Bukhari, 3357)

Di dalam riwayat lain, Abu hurairah RA memperincikan tentang tiga perkara tersebut. Beliau berkata: “Nabi Ibrahim tidak pernah berhelah melainkan pada tiga perkara.

Dua daripadanya melibatkan zat Allah. Beliau berkata : ‘Aku Sakit’ dan juga ‘Bahkan yang lakukan adalah berhala yang besar’. Dan satu lagi Nabi Ibrahim berhelah ketika baginda dan isterinya, Sarah datang kepada seorang raja yang bengis.

Dikatakan kepada raja tersebut : “Di sini ada seorang lelaki dan seorang wanita yang elok rupanya. Maka raja tersebut mengutuskan seorang utusan kepada Nabi Ibrahim dan bertanya kepada Baginda: “Siapakah wanita ini?”

Baginda menjawab: “Ini adalah saudara perempuanku.” Kemudian Baginda mendatangi Sarah dan berkata: “Wahai Sarah, tiada ada di atas muka bumi ini orang yang beriman melainkan aku dan engkau. Orang ini bertanya kepada aku, maka katakan bahawa engkau adalah saudara perempuan. Jangan engkau bohongi apa yang aku katakan. Apabila Sarah masuk menemui raja tersebut, dia mula mencuba memegang tangan Sarah. Maka tidak mampu (kerana tangannya menjadi keras).

Maka raja tersebut berkata kepada Sarah: “Doakanlah untuk aku dan aku tidak akan menyakiti engkau. Lalu Sarah pun berdoa dan tangan raja tersebut disembuhkan. Maka raja tersebut cuba untuk memegang Sarah buat kali kedua.

Maka tangan raja tersebut menjadi lebih teruk daripada sebelumnya. Raja tersebut berkata: “Berdoalah untuk aku. Aku tidak akan menyakiti engkau. Maka Sarah pun berdoa dan tangan raja tersebut disembuhkan.

Lalu raja tersebut memanggil pembantunya: “Sesungguhnya kalian tidak bawa kepada aku manusia, akan tetapi yang kalian bawa adalah syaitan.
Maka raja tersebut pun memberikan Hajar sebagai pembantu Sarah. Kemudian Sarah datang bertemu Nabi Ibrahim yang mana pada ketika itu baginda bangun melakukan solat. Lalu baginda menunjukkan isyarat: Apa yang berlaku? Allah telah membalas perancangan orang yang kafir dan berdosa dan raja tersebut memberikan Hajar sebagai pembantu. Kata Abu Hurairah: “Itulah ibu kalian wahai Arab.” Riwayat Al-Bukhari (3358) & Abu Daud (2214)

Kembali kepada persoalan yang dikemukakan, jika dilihat secara zahir riwayat-riwayat tersebut seakan-akan memberi gambaran bahawa Nabi Ibrahim telah berbohong sedangkan sifat yang wajib bagi para Nabi dan Rasul adalah benar. Para Nabi dan rasul terpelihara daripada bercakap bohong dan dusta.

Hakikatnya, Nabi Ibrahim bukannya menipu. Akan tetapi Baginda menyebutkan satu perkara yang lain akan tetapi difahami dengan maksud lain. PBari Syarh Sahih Al-Bukhari, 6/391)

Maka dapat kita fahami secara asasnya apa yang disebutkan oleh Nabi Ibrahim difahami sebagai satu perkara yang menipu oleh orang mendengar. Akan tetapi ucapan itu sendiri bukannya satu perkataan bohong. Nabi Ibrahim bermaksud dengan maksud yang lain.

Para ulama menjelaskan dengan lebih terperinci apakah maksud di sebalik ucapan Nabi Ibrahim yang disalah anggap sebagai berbohong.

Kesimpulannya, apa yang disebutkan oleh Nabi Ibrahim seperti mana yang dinyatakan oleh Nabi SAW bukanlah satu ucapan yang bohong akan tetapi ia membawa maksud pelbagai yang dianggap oleh orang mendengar sebagai menipu. Akan tetapi ucapan tersebut disebutkan dengan makna dan maksud yang berbeza. Bahkan di dalam Al-Quran, Allah SWT menyifatkan Nabi Ibrahim sebagai seorang Nabi yang benar pertuturan dan perlakuannya.

Firman Allah SWT: “Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (al-Quran) ini perihal Nabi Ibrahim, sesungguhnya adalah ia seorang yang amat benar, lagi menjadi Nabi.” (Surah Maryam: 41)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN