SAYA terlihat satu video yang tular mengatakan bahawa Nabi SAW melarang memakan ikan yang tidak bersisik. Adakah benar daripada sabda Nabi SAW? Mohon pencerahan.
Jawapan: RIWAYAT yang mendakwa Nabi SAW melarang memakan ikan yang tidak bersisik adalah berasal daripada sumber Syiah dan tidak diterima dalam manhaj Ahli Sunnah Waljamaah.
Oleh itu, tidak boleh dijadikan hujah dalam hukum-hakam Islam. Dalam Islam, semua jenis ikan yang hidup di dalam air halal dimakan.
Justeru, umat Islam dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan dakwaan seperti ini, khususnya yang disebarkan melalui media sosial menggunakan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI).
Secara umumnya, semua jenis ikan tersebut tergolong dalam kategori ikan air tawar yang tidak mempunyai sisik.
Setelah melakukan carian dalam karya hadis yang muktabar, maka tidak dijumpai mana-mana ulama hadis yang meriwayatkan hadis berkenaan isu ini.
Dalam Islam, setiap haiwan yang hidup di dalam air halal dimakan, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Dihalalkan bagi kami binatang buruan laut (air) dan makanannya.
Kesimpulannya, riwayat yang mendakwa Nabi SAW melarang memakan ikan yang tidak bersisik adalah berasal daripada sumber Syiah dan tidak diterima dalam manhaj Ahli Sunnah Waljamaah.
Oleh itu, tidak boleh dijadikan hujah dalam hukum hakam Islam.
Dalam Islam, semua jenis ikan yang hidup di dalam air halal dimakan.
















