fbpx
SEORANG lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari bangunan Pasar Besar Ipoh di Jalan Laksamana, Ipoh hari ini.

Lelaki maut terjatuh dari bangunan Pasar Besar Ipoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari bangunan Pasar Besar Ipoh, Jalan Laksamana, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.25 pagi.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati terdapat seorang lelaki terbaring di atas jalan dalam keadaan berlumuran darah. Mangsa warga tempatan berusia 29 tahun itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk tujuan bedah siasat.

Katanya, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan kekeliruan dan menjejaskan siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN