fbpx
Gambar surat diberi seorang murid yang dimuat naik guru tersebut di Threads.

‘Cikgu terima nasihat awak dengan hati terbuka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang guru berasa tersentuh selepas menerima sepucuk surat daripada pelajar lelaki tingkatan dua yang menegur mengenai pemakaian ketika mengajar.

Perkara itu dikongsikan guru berkenaan menerusi akaun Threads @syamiminorshah_ selepas pelajar tersebut datang secara senyap-senyap untuk menyerahkan surat kepadanya.

Menurut guru itu, pada awalnya, dia menyangka pelajar tersebut mahu mengadu masalah kerana kelihatan gelisah sambil menoleh ke kiri dan kanan.

“Seorang murid lelaki tingkatan dua datang senyap-senyap bagi surat. Nampak gelisah (menoleh) ke kiri dan kanan. Ingatkan nak bagi tahu ada masalah, rupa-rupanya datang untuk bagi teguran.

“Bagus budaknya, selalu offer (tawar) nak tolong cikgu, baik sangat,” katanya.

Menerusi surat tulisan tangan itu, pelajar tersebut memohon maaf sekiranya mengganggu gurunya sebelum menegur wanita itu supaya memakai sarung tangan ketika mengajar.

“Cikgu amalkan pakai handsock (sarung tangan) sebab waktu cikgu mengajar saya perasan lengan cikgu terdedah sikit sahaja. Saya tegur kerana menutup aurat itu wajib dan saya sayang cikgu,” tulisnya.

Bercerita lanjut, wanita itu memberitahu, dalam surat sama murid tersebut turut berpesan supaya tindakannya tidak dimaklumkan kepada sesiapa kerana malu membuat teguran tersebut.

Guru tersebut berkata, teguran itu diterimanya dengan hati terbuka dan dianggap sebagai ‘peringatan kecil’ daripada Allah untuk dirinya.

“Kadang-kadang kita anggap ringan dan malas, kadang pakai, kadang tak pakai (sarung tangan), tapi Allah masih sayang dan nak jaga kita,” katanya.

Dalam hantaran sama, guru itu turut mendoakan agar pelajar tersebut membesar menjadi lelaki yang baik dan soleh.

Pada masa sama, guru tersebut menjelaskan perkongsian surat itu dibuat selepas mendapat keizinan pelajar terbabit, bukan untuk memalukan atau mendedahkan identitinya.

Menurutnya, murid tersebut tidak kisah surat itu dikongsikan dan malah gembira apabila mengetahui ramai mendoakan kebaikan buatnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN