fbpx
TANGKAP layar perkongsian Elizabeth Tan yang menerima banyak teguran netizen.

Pakaian Elizabeth Tan dikeji lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NAMA penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan kembali meledak dalam media sosial, namun kali ini bukan kerana buah tangan terbaharu, sebaliknya penampilan mencolok mata sehingga membuatkan netizen ternganga.

Pelantun lagu Semua Sudah itu memuat naik foto dia hanya mengenakan seluar pendek dan bra, disertai kapsyen ringkas, ‘Benci kemudian, langgan untuk lebih banyak’.

Seperti dijangka, ruangan komen segera berubah menjadi gelanggang kecaman. Diva sebenarnya sedikit pelik melihat sikap netizen. Kenapa nak terkejut, bukankah sejak awal kemunculan dalam industri, Lizzy memang cukup sinonim dengan imej berani dan seksi? Bukan semalam dia tiba-tiba tampil sebegitu rupa.

Tapi Diva pun faham Lizzy bukan beragama Islam dan soal pemakaian turut berkait rapat dengan pilihan serta prinsip peribadi, namun sebagai figura awam, sedikit pertimbangan terhadap batas kesopanan tetap tidak merugikan sesiapa.

Apa pun, Diva harap Lizzy lebih berhati-hati selepas ini kerana dunia maya ibarat cermin besar, sekali sesuatu dimuat naik, berjuta mata boleh melihat dan menilainya.

DIVA: Meremang tengok Kudrat 1968. Tak sabar tunggu episod baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN